· Sejarah Penubuhan Sekolah
SJK(T) BLUE VALLEY telah ditubuhkan pada 1954 dengan bilangan anak murid berjumlah 40 orang. Pihak Ladang Blue Valley begitu murah hati memberi sebuah bangunan lama pejabat ladang itu untuk sekolah. Pihak Ladang Blue Valley sentiasa ambil berat tentang kemajuan sekolah serta kebajikan guru-guru. Pihak Ladang Blue Valley memberi sebuah rumah untuk guru-guru sebagai rumah guru(Quarters) kerana ladang itu terletaknya jauh dari Bandar Tanah Rata.
Pada tahun 1983 sekolah ditukarkan ke bangunan baru yang terletaknya berhampiran dengan bangunan lama. Bangunan ini mengandungi tiga bilik darjah, bilik guru, stor dan tandas.
Bangunan baru ini mempunyai kemudahan-kemudahan yang lengkap. Kawasan sekolah ini luas dan dikelilingi dengan pagar dawai. Di hadapan sekolah ini ada sebuah padang bola di mana sukan sekolah tahunan akan diadakan setiap tahun. Bangunan baru ini juga dibekalkan dengan beberapa kemudahan seperti bekalan letrik dan air.

;;